Sunday, December 26, 2010

Gempa sederhana melanda Filipina

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter melanda Filipina 5.16 pagi tadi.

Jabatan Perkhidmatan Meteorologikal dalam kenyataannya, berkata pusat gempa dicatatkan pada 253 kilometer tenggara Davao dan 1,056 km timur laut Lahad Datu, Sabah.

Katanya, gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment