Wednesday, December 15, 2010

Mayat bertatu dikenal pasti

KUANTAN: Mayat lelaki bertatu yang ditemui dengan dua kesan tembakan di Kilometer (KM) 46.8, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Sabtu lalu dikenali Ng Lai Huat, 48, dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar, Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata mayat itu dikenali menerusi cap jari dan siasatan mendapati mangsa mempunyai 11 rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.
“Berikutan penemuan baru ini, kita berusaha mencari keluarga mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian menimpanya.

“Motif pembunuhannya juga masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sabtu lalu, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berulat oleh pemandu bas ekspres yang berhenti di tempat kejadian berikutan basnya rosak.

Narenasagaran berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki berkenaan menunjukkan mangsa mati ditembak dengan dua peluru menembusi kepala dan belakang badan berhampiran perut mangsa selepas menemui dua peluru bersaiz sembilan milimeter dalam badan lelaki itu.

Beliau berkata, pihaknya percaya mangsa ditembak lebih daripada dua das berdasarkan kesan luka pada badan mangsa de-ngan senjata pistol semi-automatik.

No comments:

Post a Comment